Selasa, 22 Mei 2018

APA ITU STANCE?

BABY DROP IT DOWN

FRIENDS, FAMILY, RESPECT, HUMBLE
"STANCE" HOBI, GAYA HIDUP, IDENTITI


Dalam memodifikasi kereta selalunya pemilik pasti akan melakukan pendekatan kepada bagaimana keserasian, kepadanan terhadap kereta. Pemilik pasti akan menampilkan hasil karya modifikasi hingga betul betul kena dengan identiti yang ingin ditonjolkan. Unsur gaya hidup dan sentuhan emosi pemilik kadang kadang menunjukan sebuah hasil yang terbaik. Baik dari segi warna, komponen, mahupun apa gaya modi menjadi sebuah pengenalan untuk mendekati profil pemilik kereta itu.
Gaya modifikasi STANCE atau juga dikenali sebagai HELLAFLUSH juga ada yang mengelarnya SLAMMED STYLE. Terpulang nak gelarkan apa pun, ia menjadi magnet tersendiri bagi pemodifikasi kereta dimana sahaja khususnya di Ibukota. Definisi STANCE, betul betul memberi impak dan menjadi DOMAIN pemahaman masing masing pemodifikasi yang senang menyebut hasil modifikasi sebagai aliran STANCE.
Sebuah modifikasi yang mengutamakan sisi kerapatan antara bibir velg dengan bibir fender kereta, sehingga menampikan effect static seolah olah kereta kelihatan terletak, dan seperti tidak boleh dipandu. Dengan support modifikasi chamber dan akhirnya menampilkan jarak rongga antara tanah dengan bahagian bawah kereta semakin rapat, nyaris menyentuh tanah.
Bukan hanya menjadi dominasi kereta keluaran tahun 2000 keatas, malah kereta antik-klasik-retro semakin banyak yang dilihat mengadaptasi apa yang disebut aliran "STANCE" ini. Selain memodifikasi kebderaan kepada gaya STANCE yang berkesan, ia juga menjadikan orang yang melihatnya macam tak percaya, ini menjadi kepuasan diri sendiri bagi seseorang yang memandy kereta aliran STANCE. Harap maklum kena pandai memilih jalan. Maklumlah kenderaan dalam keadaan yang rendah (LOWERED). Jangan nanti habis sagat semua. ðŸ™‚
Bunyi sagat bibir fender tu, bukan lagi masalah atau hal pelik bagi pengguna kereta aliran STANCE. Bahkan ia menjadi pemacu adrenalin ketika bersagat. Menjadi sebuah petaka "Hanguihnya fender" ohh yeah ðŸ™‚
Haters gonna hate. Stancer pasti faham apa maksudnya. Pemilik jentera STANCE perlulah berani dan mengharungi risiko antara yang parah tangki bocor, atau penutup karter oil pecah. Sentiasa perhatikan jalan raya. Jangan main redah je.
WE LOW, WE SLOW, HERE WE STANCE.


Gambar kereta stance


Gambar kereta lowered

PICS BY - LIT MEDIA